Senario politik tanah air yang kita lihat hari ini semakin bercelaru menjadikan udara dalam parti menjadi semakin hangat. Bukan setakat kecelaruan dalam senario politik, baru-baru ini isu kebangkitan semula semangat Komunisme dengan usaha membawa kembali Chin Peng balik ke Malaysia menjadi satu isu yang boleh menggoncangkan keamanan negara. Mungkin perkara ini agak dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Andai perkara ini tidak dititikberatkan dan diambil langkah mula dalam menanganinya, usaha melaksanakan ‘Satu Malaysia’ akan berhadapan satu batu halangan yang sangat besar. Kita tidak mahu peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali. Semua pihak harus bersatu padu dalam menjayakan ‘Satu Malaysia’ dan mengelakkan perpecahan berlaku terutamanya di dalam parti. Antara usaha yang wajar dipertimbangkan ialah dengan memperkasa kekuatan muda dalam parti menjurus ke arah kekuatan Pemuda itu sendiri.


Maka sebagai langkah permulaan, PEMUDA UMNO CAWANGAN PATAU-PATAU 1 ingin mengorak langkah melalui blog ini menarik golongan muda celik IT yakni generasi pelapis yang berwibawa yang pasti suatu hari nanti akan menjadi pemimpin berkaliber masa depan untuk seiringan berjalan bersama PEMUDA UMNO. Usaha memantapkan kekuatan PEMUDA akan menjadi wadah utama perjuangan ini sekaligus memperkuatkan UMNO yang pastinya tunjang agama, nusa dan bangsa kita.

Akhir kalam, semoga dengan wujudnya blog ini, PEMUDA CAWANGAN PATAU-PATAU 1 akan lebih maju bergerak ke hadapan. Kami sentiasa menyokong kepimpinan atasan agar menjadikan UMNO menjadi satu pertubuhan atau parti yang ukuh, utuh dan mantap. Wasallam.