Blog ini sudah agak lama tidak aktif. Boleh saya katakan sebagai admin, blog ini hanya aktif ketika saya masih berada di Labuan. Malangnya jejak untuk meneruskan perjuangan media baru ini kurang dititikberatkan. Alangkah eloknya ada yang sudi meneruskan jejak blog ini untuk terus menapak ke hadapan. Manipulasi media baru wajar digunakan sebaik yang mungkin agar kita tidak tewas dalam memberi maklumat yang benar kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, kepada sesiapapun yang berhak, yang mahu meneruskan blog ini, sila emailkan maklumat diri kepada admin blog pemuda.pataupatau@gmail.com

Manusia yang tahu menggunakan peluang dengan sebaik yang mungkin mampu untuk terus mara menapak ke hadapan dan berjaya.