Pengaruh media baru dalam politik. Isu ini mungkin agak lapuk untuk diperkatakan. Malah tidak salah dikatakan agak ketinggalan. Bukan kerana media baru ini sudah ketinggalan akan tetapi kita ketinggalan untuk membincangkan. Kadangkala dalam membincangkan isu yang lama mampu untuk memuhasabah diri kita. Harus diingat kejayaan Pakatan tidak dinafikan atas bantuan media baru. Seharusnya UMNO mengambil iktibar untuk turut sama menggunakan media baru ini seperti blog untuk terus bersaing dalam arus politik.

Kita boleh bagaimana pihak pembangkang menggunakan media baru sebaik mungkin untuk mempengaruhi pengundi. Mungkin wajar kita katakan pihak yang menguasai media baru mampu untuk memperoleh undi. Bagaikan media baru ini satu kuasa untuk memancing undi. Kemajuan dunia tanpa sempadan di Malaysia ini mungkin boleh kita membanggakan kerana kita antara negara yang ke hadapan dari segi penggunaan media baru. Kewujudan laman-laman blog, facebook, twitter dan lain-lain yang mampu menarik undi dalam kalangan belia Malaysia. Malah senario sekarang ini menunjukkan bahawa bukan sahaja golongan muda yang tertarik dengan media baru, golongan yang boleh kita katakan veteran turut serta dalam memeriahkannya. Malahan golongan-golongan profesional turut menggunakan media baru ini sebagai satu medium penyampaian maklumat yang berkesan. Kesahihan maklumat belum tentu kita pasti tapi kepantasan penyampaian maklumat ini boleh dikategorikan sebagai berjaya.

Persoalannya, sejauh mana media baru ini dimaksimum dan optimumkan penggunaannya dalam menarik golongan belia untuk terus menyokong barisan kepimpinan yang sedia ada? Persoalan ini kalau kita lihat wajar ditelusi dan difahami. Pembangkang mempunyai resepi yang tersendiri dalam menggunakan media baru. Kita seharusnya mempunyai acuan kita sendiri dalam media baru ini dan bukannya terikut-ikut acuan pembangkang. Mungkin kita boleh mencedok yang baik. Kita seharusnya mempunyai golongan pemikir yang mampu untuk menjana idea. Malangnya golongan pemikir inilah yang agak sukar dicari. Golongan pemikir muda mungkin banyak yang tertarik dengan idea baru dalam media baru pembangkang. Di sinilah wajar kita perhatikan dan fikirkan bersama cara untuk menaklukinya.

Jangan kita biarkan pihak lawan menggunakan media baru semaksimum tanpa kita menyainginya. Lihat sahaja blog ini sendiri. Terbiar berhabuk sepi. Mungkin cadangan yang diberikan di dalam chatbox itu boleh kita pertimbangkan. Ada orang yang berwajib sentiasa menyelia setiap blog.

Jangan sesekali kita abaikan media baru. Jangan sesekali kita taksub dengan media baru. Jangan sesekali alpa sehingga mengakibatkan wujudnya kerajaan baru. Bersatu bersama menjana kekuatan baru.



p/s:Kalau mempunyai kesempatan masa, admin blog akan menulis lagi untuk isu kandungan artikel blog yang mampu menarik pembaca muda.