Kalam Ketua PEMUDA UMNO Cawangan Patau-Patau 1
Senario politik tanah air yang kita lihat hari ini semakin bercelaru menjadikan udara dalam parti menjadi semakin hangat. Bukan setakat kecelaruan dalam senario politik, baru-baru ini isu kebangkitan semula semangat Komunisme dengan usaha membawa kembali Chin Peng balik ke Malaysia menjadi satu isu yang boleh menggoncangkan keamanan negara. Mungkin perkara ini agak dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Andai perkara ini tidak dititikberatkan dan diambil langkah mula dalam menanganinya, usaha melaksanakan ‘Satu Malaysia’ akan berhadapan satu batu halangan yang sangat besar. Kita tidak mahu peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali. Semua pihak harus bersatu padu dalam menjayakan ‘Satu Malaysia’ dan mengelakkan perpecahan berlaku terutamanya di dalam parti. Antara usaha yang wajar dipertimbangkan ialah dengan memperkasa kekuatan muda dalam parti menjurus ke arah kekuatan Pemuda itu sendiri.
0 Responses to Kalam Ketua PEMUDA UMNO Cawangan Patau-Patau 1
Something to say?